Saturday, December 11, 2010

Perjalanan hidup

Perjalanan yang masih terlalu jauh bersisa untuk menapak kehadapan.
Binalah cita-cita semantara masih berkesempatan untuk membinanya.
 
Janganlah dikejar pada sesuatu yang tidak bermakna untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahu pun di akhirat.Sebaliknya kejarlah dan rapatkanlah pada sesuatu yang boleh membawa kepada sesuatu yang memberi keuntungan dan bermakna untuk bertemu dengan pintu-pintu kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahu pun di akhirat kelak.
 
Ketuk dan bukalah pintu-pintu tersebut kerana kuncinya ada pada diri sendiri. Bukalah pintu-pintu kejayaan tersebut dengan semangat yang kuat,iman yang tinggi, dan ketaqwaan yang tiada tolak bandingnya yang ada pada jati diri.Agar dipelihara TUHAN daripada unsur-unsur negatif dan hasutan iblis durjana. InsyaAllah pintu kejayaan akan terbuka dengan mudahnya.

No comments:

Post a Comment