Monday, December 13, 2010

Insan Yang Bernama Sahabat

Angin bayu berlalu pergi
Aku di sini terus menanti
Perginya angin tanpa tujuan
Bagaikan dedaun yang ditampar lembut
Terus mencari teman untuk mengadu

Aku bukannya seorang hamba yang hebat
Seperti tsunami yang menggegar acheh
Letusan marina yang menggempar pulau Jawa.
Aku tidak juga teguh seperti Al-Aqsa
yang kini masih lagi ingin ditawan.

Kerana aku seorang hamba yang lemah dan kerdil
yang masih perlukan teman dalam mengisi hari-hari Mu Ya Allah.

Seperti Rasul MU, Adam yang perlukan Hawa,
Muhammad mendambakan Khadijah,
Ali yang merungkai kasih Fatimah

Aku juga seperti mereka
yang perlukan seorang insan yang bernama sahabat

Sahabat,
Hati ku gundah disaat kau menyepi,
Hati ku merana disaat kau merintih,
Hati ku riang disaat kau ketawa kegirangan.

Selama perkenalan kita,
Kau sabar melayani kerenah ku,
Kau senang mendengar luahan hati ku,
Kau tidak pernah mengeluh
malah kau hanya tersenyum dihadapan ku
dan kau beri ku kata-kata semangat untuk kembali bangkit.
Ianya semata-mata nilai persahabatan antara kita.

Sahabat,
Mata mu menunjukan keikhlasan mu
dalam menghulur kasihnya kau pada ku.
Kerdipan mata mu merungkai persoalan dihatiku.
Senyuman mu menggambarkan jiwa sahabat yang kau lakarkan buatku,
menafsirkan seribu satu erti persahabatan yang terjalin diantara kita.
Sahabat kau ku sayangi...............

No comments:

Post a Comment