Saturday, February 19, 2011

kenape ye??(part 2)

sudah ku katakan...pabila adanya stdy group yg hnya ada sahabat ku risyaaaaaauuuuuuuuu......
tetapi idea 2 ada saja tapi bila keduanya mmg dah blurr..jlnnye kne tnya yg pakar la...
dgn adanya sahabat yg bersama untuk mnyelesaikan 1 permasalahan..ianya tampak lebih mudah untuk menyelesaikan masalah...itulah yang dinamakan bersatu kita teguh..bercerai kita roboh.....
tapi mengapa ini semua berlaku??
haaaaahh!! 2 dia...
sbb semua ketentuan ALLAH...
mgkin eden perlu boik diri den logi ,, lopaih ni eden boleyh cubo belojar sndiri....
doa2 den samo ek...

Friday, February 18, 2011

kenape ye??

baki cuti midsem aku tggl 1 hari je lagi....
dlm bnyk2 kerja/assgmnt/tutorial...hnya 1 je yg aku siapkan...
yg lainnya aku lebih mengharap stdy group yg xmnjadi...
sbb ssuatu perancangan itu tidak akan terlaksana jika bukan dengan keizinan ALLAH...

aku pown binggung mengapa dan kenapa aku x boleyh nak stdy dan selesaikan tugas berseorangan..

hhmmm hampeh je rasa....sedangkan aku sedar yang tugasan itu semua belum disiapkan....
ada jugak assgment yg dah di siapkan hanya dlm kepala dan tidak dijadikan hardcopy...huh gila betoi la....
tapi nak wat camne...melayan fb je...
adakah ianya berkait rapat dengan perasaan dan sikap aku..???
atau ianya disebabkan tugas2 lain yg dipikul???
tak mungkinlah...
ada masalah 'feel' ke???
tak kowt...
feel tetap feel tp feel boleyh berubah.....
mungkin aku kena cari balik bahan2 pembakar semangat aku yg tah mana aku campakkan...
(amaran!! benda2 penting jangan main campak merata2 kerana ianay amat berguna diwaktu anda memerlukannya)

Thursday, January 6, 2011

Kesabaran

Adakalanya Dalam kesungguhan meniti sebuah harapan
kita sering tercari erti...
erti sebuah harapan itu sendiri.....

Mencabar dan dicabar,
Mengejar dan dikejar,
Menyalahkan dan dipersalahkan,
Mengguna dan digunakan...

Berpuncakkah gunung??
Tercapaikah impian??
Andai yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran....

Diperdengarkan pada hati
Digenggam bara api
Agar ianya menjadi debu yang tidak berapi...

Buat teman yang memahami
sama-samalah kita harungi
walau sabar dihinjak kebumi......

Saturday, December 18, 2010

Negatif Oh Negatif

Adakah kasih sayang yang hadir dipertengahan hidup kita selalunya tidak pernah membawa kegembiraan?? Ianya lebih kepada kebencian, menyampah, meluat dan segala2 yang negatif dalam hari2 yang mengisi hidup kita?? ditambah pula ianya hadir tanpa diminta untuk hidup kita.  Walhal ia sepatutnya hadir untuk lebih menyeri,mengembira dan membahagiakan kita.

Mengapa yang negatif itu selau ada??
Mengapa yang negatif itu tidak diubah kepada yang positif??
Mengapa hanya yang sedar tentang unsur negatif ini mengubah bersendirian cirinya kepada positif??
Mengapa unsur negatif yang itu tidak mengubah cirinya kepada positif bersama2??

Adakah ianya tidak sedar bahawa ia adalah unsur negatif yang perlu berubah kepada unsur positif??
Bagaimanakah cara untuk menyedarkannya??

Aku dah berkorban...
Aku dah bertukar daripada negatif kepada positif...
Aku dah bosan dengan keadaan ini...
Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk kecapinya??

Aku buntu...
Aku memohon pada-Nya untuk tunjukkan aku jalan yang betul dan sesuai untuk mengecapi kegembiraan dan kebahagian didunia dan akhirat...

Monday, December 13, 2010

Insan Yang Bernama Sahabat

Angin bayu berlalu pergi
Aku di sini terus menanti
Perginya angin tanpa tujuan
Bagaikan dedaun yang ditampar lembut
Terus mencari teman untuk mengadu

Aku bukannya seorang hamba yang hebat
Seperti tsunami yang menggegar acheh
Letusan marina yang menggempar pulau Jawa.
Aku tidak juga teguh seperti Al-Aqsa
yang kini masih lagi ingin ditawan.

Kerana aku seorang hamba yang lemah dan kerdil
yang masih perlukan teman dalam mengisi hari-hari Mu Ya Allah.

Seperti Rasul MU, Adam yang perlukan Hawa,
Muhammad mendambakan Khadijah,
Ali yang merungkai kasih Fatimah

Aku juga seperti mereka
yang perlukan seorang insan yang bernama sahabat

Sahabat,
Hati ku gundah disaat kau menyepi,
Hati ku merana disaat kau merintih,
Hati ku riang disaat kau ketawa kegirangan.

Selama perkenalan kita,
Kau sabar melayani kerenah ku,
Kau senang mendengar luahan hati ku,
Kau tidak pernah mengeluh
malah kau hanya tersenyum dihadapan ku
dan kau beri ku kata-kata semangat untuk kembali bangkit.
Ianya semata-mata nilai persahabatan antara kita.

Sahabat,
Mata mu menunjukan keikhlasan mu
dalam menghulur kasihnya kau pada ku.
Kerdipan mata mu merungkai persoalan dihatiku.
Senyuman mu menggambarkan jiwa sahabat yang kau lakarkan buatku,
menafsirkan seribu satu erti persahabatan yang terjalin diantara kita.
Sahabat kau ku sayangi...............

Saturday, December 11, 2010

Perjalanan hidup

Perjalanan yang masih terlalu jauh bersisa untuk menapak kehadapan.
Binalah cita-cita semantara masih berkesempatan untuk membinanya.
 
Janganlah dikejar pada sesuatu yang tidak bermakna untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahu pun di akhirat.Sebaliknya kejarlah dan rapatkanlah pada sesuatu yang boleh membawa kepada sesuatu yang memberi keuntungan dan bermakna untuk bertemu dengan pintu-pintu kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahu pun di akhirat kelak.
 
Ketuk dan bukalah pintu-pintu tersebut kerana kuncinya ada pada diri sendiri. Bukalah pintu-pintu kejayaan tersebut dengan semangat yang kuat,iman yang tinggi, dan ketaqwaan yang tiada tolak bandingnya yang ada pada jati diri.Agar dipelihara TUHAN daripada unsur-unsur negatif dan hasutan iblis durjana. InsyaAllah pintu kejayaan akan terbuka dengan mudahnya.

Monday, December 6, 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan salam permulaan dari ku Muhammad Nadzam Arif B Ahmad Bukhari....
Awal dan akhir merupakan satu perkara yang diciptakan TUHAN untuk semua ciptaan-Nya....

Setiap perkara  mesti ada awal dan akhir dimana diantara keduanya terdapat pelbagai perkara yang terjadi yang telah ditentukan oleh TUHAN.....

Bagi diri kita,
Hidup ini bukan ditentukan oleh apa yang berlaku kepada kita,
tapi ia ditentukan bagaimana reaksi kita kepada apa yang terjadi,
tidak ditentukan apa yang dibawa oleh kehidupan.
tapi bagaimana tingkah laku yang kita aplikasikan dalam kehidupan seharian..
tingkah laku yang positif boleh menghasilkan reaksi positif seperti fikiran yang positif,
jalan-jalan hidup yang positif dan pelbagai perkara yang positif.
Ianya adalah pemangkin, letusan yang mencipta keputusan yang luar biasa.